Monday 21 March 2011

ANEKA PILIHAN KEROPOK IKAN ASLI KELANTAN TERENGGANU YANG TERBAIK

KESUKARAN mendapatkan keropok ikan asli Kelantan/Terengganu di Lembah Klang membuka mata saya untuk mencari keropok keropok ikan terbaik dari sempadan Kelantan/Terengganu untuk dijual kepada pembeli-pembeli yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. "Kepuasan Anda Adalah Kepuasan Kami".

Matlamat utama pembukaan kedai kami ialah untuk memudahkan pembeli membeli makanan citarasa dan warisan Kelantan meliputi keropok ikan, keropok udang, ikan haruan masin, ikan masin, budu, makanan ringan, sos penyicah dll yg semuanya diimport terus dari negeri Cik Siti Wan Kembang. " Belum Cuba Belum Tahu, Dah Cuba Baru Tahu".

Di sini cuba menggredkan keropok kepada 3 jenis yang utama:
1) Keropok ikan campur-campur- yang pastinya kami mencari kilang keropok kecil/besar yang terbaik untuk dibawakan kepada anda. Kami gredkan keropok ini sbg GRED C
2) Keropok ikan tambang - keropok jenis ini memang paling terkenal dan digemari warga KL/ selangor terutamanya warga berusia yang pernah berkunjung ke Kelantan/Terengganu. Kami gred sebagai GRED B.
3) Keropok Ikan Parang- Keropok ikan yang paling mahal @ ekslusif  dan harga paling mahal. Jika digoreng paling kembang, cantik dan bersih. Kami namakan sebagai keropok GRED A.



keropok lidah ayam
 
Bagi penggemar keropok ikan segar dari Kelantan terutamanya keropok keping terdapat 4 jenis keropok yg popular:
1) Keropok Keping Besar
2) Keropok Bulat Kecil
3) Keropok Lidah ayam
4) Keropok Kecil @ Keropok Chichadees





IKAN HARUAN MASIN PUN DIJUAL DI SINI

Di antara produk terlaris di kedai kami ialah ikan haruan masin yang sukar diperolehi di tempat-tempat lain. Ikan haruan ini diambil terus dari Kelantan dan dijual sebagai produk ekslusif di sini. Khasiatnya memang diakui dari zaman datuk nenek kita lagi seperti mempercepatkan penyembuhan luka dalaman terutamanya bagi wanita selepas bersalain dan kanak-kanak lepas bersunat (khatan).











KENALI PRODUK-PRODUK POPULAR DARI KELANTAN YANG DIGEMARI RAMAI


Budu @ sos bilis jenama Cap Ketereh (botol kecil)
 



Budu (botol besar)
 


Sos Penyicah Serbaguna jenama Cap Merak
 


Keropok Sira (manis pedas)
 

keropok keping pelbagai pilihan
 

ikan haruan masin pelbagai saiz (edisi terhad)
 



garam kunyit segera serbaguna
 

kerepek sagu
 


kerepek sagu kecil
 


bepang beras
 


bepang pulut
 



sagun kelapa